Kamal Ishak1954-2020

Garis masa

Perjalanan hidup arwah, dari bandar Georgetown hingga ke Kulim. Setiap peristiwa dipautkan kepada tulisan arwah sendiri atau kata sahabat.

  1. 1954

    Lahir

    Membesar di bandar Georgetown, Pulau Pinang, dengan panggung Rex, Capitol, Cathay dan Odean di sekelilingnya.

    Catatan arwah
  2. Usia 12

    Mengenal mesin taip

    Membantu abang sepupu menaip borang, kemudian belajar menaip atas dorongan arwah emak. Mesin taip menjadi "seniman besi" sepanjang hayatnya.

    Seniman Besi
  3. Remaja

    Anak tanjung, anak boria

    Terheret ke dunia boria Pulau Pinang sejak remaja.

    Aku dan Boria
  4. Awal kerjaya

    Skrip pertama ke RTM

    Skrip drama pertamanya, Daerah Damai, ditaip dengan mesin taip pinjaman dan diterima oleh RTM.

    Seniman Besi
  5. Awal kerjaya

    Drama pertama: Pelari

    Selepas beberapa drama sebagai penolong pengarah, mengarah drama pertamanya, Pelari.

    Jasamu, Assistant Director
  6. 1989

    Dokumentari Gunung Kinabalu

    Mengarah filem dokumentari Gunung Kinabalu di Sabah.

    Facebook arwah
  7. Sekitar 1995

    Cinta Kita dan Landasan 2

    Filem cereka pertamanya, Cinta Kita, terbitan Berjaya bersama Sofia Jane dan Aman Graseka. Pada tahun yang sama mengarah telemovie Landasan 2.

    Siri Cinta Kita
  8. 1999

    Penyair Malam di FFM14

    Filem Penyair Malam, kisah gadis pelukis bisu dan mekanik berjiwa penyair, menyertai Festival Filem Malaysia ke-14 di Ipoh.

    Jai Ghani
  9. 2010

    Seniman Temu

    Mula menulis blog dan berkongsi kisah di sebalik Cinta Kita. Mengendalikan bengkel penulisan skrip di UMS, Sabah.

    Bengkel UMS
  10. 2011

    Telemovie Aboi

    Telemovie Aboi terbitan Empayar Bayu, Kota Kinabalu.

    Aboi
  11. 2013

    Munsyi Dewan (Sastera)

    Menyertai Pembinaan Munsyi Dewan (Sastera) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Galeri
  12. 2014

    Anak-Anak Seni

    Cerpen Anak-Anak Seni terbit dalam Dewan Budaya, Februari 2014. Berkongsi pandangan di Seminar Hak Cipta 2014.

    Bilik Pena
  13. 2015

    Cerpen Terbaik 2014

    Cerpennya dimuatkan dalam Cerpen Terbaik 2014 terbitan FIXI, dilancarkan 22 Mac 2015. Terus mengendalikan bengkel lakon layar.

    Galeri
  14. 30 April 2020

    Kembali ke rahmatullah

    Meninggal dunia di rumahnya di Kulim, Kedah, pada usia 66 tahun.

    Dalam kenangan