Kamal Ishak1954-2020

Bilik 02

Bilik Pena

Diambil daripada akaun Facebook arwah sendiri. Teks dikekalkan seperti yang arwah tulis, termasuk ejaannya. Video YouTube yang arwah kongsi tidak dimasukkan.

Facebook Kamal Ishak

Cerpen dan terbitan

Kata arwah

Catatan kenangan

Kenangan guna meja kayu semasa sekolah rendahBaca catatan

KENANGAN GUNA mEJA KAYU SEmASA SEKOLAH RENDAH
setiap kali aku bertukar darjah, apabila melangkah sahaja masuk ke klas baru, tugas pertama aku ialah mencari meja tulis untuk mengetuk gendang. aku jadikan meja sebagai drum. tidak kira sama ada meja itu baru atau dah buruk. tidak kira meja itu di hasapan kelas atau dibarisan belakang kelas. aku akan cuba ketuk-ketuk menggunakan satu jari, semua jari-jari atau permukaan tapak tangan. aku akan ketuk dari laci simpan buku dan pensil hinggalah ke atas permukaan meja. aku akan pastikan bunyinya berlainan tone. rakan-rakan sekalas tahu aku suka ketuk meja. minat itu berterusan hingga aku ke darjah enam sekolah rendah. itu sahaja cara aku belajar mengetuk drum beat by beat. aku boleh mengetuk rentah cha-cha, slow rock, twist, ago-go, off beat cha-cha. waltz, tanggo malah lagu asli melayu, zapin dan inang. aku terpaksa berbuat begitu keran aruah tidak ska aku jadi pemain drum pada hal dia ialah seorang pemain drum di kelab malam. aruah emak pun tak begitu gemar. katanya jadi pemuzik tak boleh hidup senang. tapi emak suka kalau aku jadi orang filem. rakan sekalas akan menari kalau aku ketuk meja. kelas jadi bising macam fun fair. ada yang menyanyi, menari hingga atas meja. ada juga mengetuk meja yang beatnya lari lintang pukang. kelas jadi riuh. (PAUSE). aku boleh lupa sejarah ini, tapi aku tak boleh lupa tangan dan jari-jari aku diketuk oleh guru kelas start dari drjah dua hingga darjah enam. pernah sekali diperhimpunan sekolah semasa darjah lima. Cikgu Omar ketuk dengan tepi pembaris (PAUSE) masa usia di sekolah menengah aruah ayah beri set drum untuk aku berlatih. (PAUSE)

Menonton wayang di hari rayaBaca catatan

Bila baca tulisan Nasir Jani di Sinar Harian har ini pasal menonton wayang di hari raya, aku ingin juga berkongsi pengalaman aku. Sudah tentu pengalaman Nasir dan aku tidak sama. Dia yang pada masa itu tinggal dikampung, aku pulak di bandar Georgetown, Penang. Tapi budaya tengok wayang wajib bagi sesiapa saja anak muda dhari raya. Selalunya aku tengok wayang sendirian, tetapi dihari raya aku pilih untuk menonton bersama rakan-rakan sekampung. Kami akan berkumpul dan berbincang nak tengok filem apa. Aku selalu tidak kisah filem apa pun yang mahu ditonton kerana aku boleh pergi sendiri kalau aku nak menonton. Kami tidak tunggu hari raya kedua. Kami set tengok show tengahari atau jam 3 ptng hari raya pertama. masing-masing sudah cukup wang dalam saku: kami pun bertolak kebandar dengan jalan kaki sahaja, Ini kerana kampung kami dekat dengan bandar. Kami tak perlu berebut untuk pilih mana-mana panggung wayang kerana kami ada panggung Rex, Capitol, Cathay, Odean, Paramount, Royal, Federal, Star dan panggung majestic untuk kami pilih. Kalau panggung penuh sesak, kami berjalan kepanggung lain pula, Kami tak gaduh nak berebut beli tiket, Apa saja filem yang berputar kami anggap itulah filem hari raya. Kawan-kawan riuh bersorak dalam panggung. Aku masih anggap filem yang aku tonton itu memberi ilmu baru terhadap cita-cita aku nak jadi orang filem bila besar nanti. Pulang dari menonton, kami cari tempat makan, Selalunya makan laksa, sotong bakar, ais kacang atau cendol. Pernah juga kami belanja lebih dengan memasuki magnolia restoren pekena ice cream magnolia yang diletak dalam mangkuk macam orang putih minum wain tu. Restoren ni jauhnya berjalan beerapa tapak sahaja dari panggung Odean. Aku yang belanja kerana antara rakan-rakan, aku yang ada duit raya lebih. Bayangkan pagi-pagi raya aku dan dapat duit raya sekeping bernilai lima puluh ringgit dari Tok Chik. Yang lain, aku kutip dari rumah kerumah serta pemberian bapa dan emak saudara. Kaya bro dihari raya zaman 60-an. So moral cerita ini, taklah sekonflik Nasir Jani menonton flem dihari raya. tetapi kalau nak buat filem, cerita dia lagi menarik kerana ada konflik demi konflik, Kata bijak pandai "no drama without a conflict" atau "no conflict, no drama" Sebagai sebuah filem, menang kat Nasir Jani. Sebagai realitinya, aku tetap kenang pengalaman itu kerana cinta aku terhadap wayang gambar amat mendalam. Terima kasih wayang gambar. Aku sertakan foto arwah Tok Chik yang sentiasa beri aku wang raya terbanyak. Sayang Tok Chik.

Puisi

11 puisi yang arwah kongsi di Facebook.

Malam

malam tidak pernah berbohong
pabila alam dibasahi embun
membasah
dingin yang resah
lalu kejutkan batin diri
bangun
bersuci
berdiri
mengadap ilahi
jadikan sujud yang kusyuk
tawajuh dan tawaduk
biar keringat membasah didahi
menjadi pahala abadi
malam tidak pernah berbohong
Dia memerhati dengan berjuta zat
Dia menunggu doa mu
kelangit tujuh diangkat
tersenyum para Malaikat
itulah malam suci
sunyi yang riuh dengan zikri
berzikir
khusyuk bersungguh
memuji Nya
menyerah diri pasrah
malam pun terarah
kerana cinta pada Allah lebih seru
malam menyatu
antara doa dan rahmatnya
dipelok cinta sebenar cinta
cinta Allah Wajalla
Dia zat yang sedang menunggu
kerana malam tidak pernah berbohong
pandangkah ke langit
bintang pun bergelapan sebanyak zikir mu

Kekasih Malam

(sujud bertahajud)
wahai kekasih malam
bakarlah cinta ku
hempaslah gharah ombak ku
di mukim tahajud bersujud
dalam sukma mu,
kau duga lautan pengalaman ku
saat aku sujud dalam kudus Mu
sesungguhnya,
aku menyerah seluruh raga
tengggalam ku kedasar Mu
untuk aku bertanya ribuan rahsia
yang resah antara ratusan kisah
dosa-dosa silam ku
wahai kekasih malam
wahai mukim tahajud
berilah aku kata-kata
berikan aku suara
untuk ku pohon taubat nasuha
Kau ampunlah dosa silam ku
Berilah aku rindu
kerana aku teramat merindui mu

Gunung Jerai, 5.09 petang

Penjara

dalam penjara ada banduan
bertahun menerima hukuman
diluar, manusia terpenjara juga
masih tidak 'merdeka'
tidak bebas bersuara
dikongkong selera
penjara diri ada dihati
bebaskanlah jiwa
musnahlah penjara

Akar Cinta

didada mu
ku leburkan jiwa
membenamkan kemesraan
menjadi lantera kalbu
didada ku
kau tumpahkan kasih sayang
menjadi buih rindu
dan akar cinta bersatu
didada kita
tumbuh pohon permai
menjalar memintal sukma
menuju pulau sentosa

Ratu Cinta

seorang wanita
mekar dalam taman
sinar berdakapan
sempurnalah makna perkasihan
rahsia mu ada di pantai
bila ombak membasahkan cinta
sentuhan yang bergelora
gugurlah musim bunga
dimalam bahagia
dilangit pawana
mari pentaskan drama
sedang purnama bercahaya
kita teroka kelahad hati
cari mahabbah abadi
dan lena pun mengakrabi
ratu cinta dibuai mimpi

Samudera Rindu

di anjung pertemuan
ku padam sunyi
bogel di ribaan
kelu antara cinta dan dusta
lalu kita tanam baldu kemesraan
memahami makna bersatu
menawan rohani ku
kita pun belayar di samudera rindu

Mulanya Hari Ini

mulanya hari ini
hidup bagai segenggam harapan
memburu rindu dalam mimpi
mengharap kepastian pada esok
tentunya harapan yang lebik baik
tapi hari ini adalah selamanya permulaan

Memelok Ramadhan

aku tidak sabar
hari ini menanti
esok bakal menjadi
esok bermulanya kenikmatan
dari banyaknya keberkatan
aku ingin memelok ramadhan

Awan Mendung di Gaza

Celakanya Zionis
Dengan suara keras mu
Lewat sengketa
Kau kembali dengan noda
Tiada bezanya
Antara manusiamu dengan haiwan
Kau tabur peluru sakti
Atas nama ketulusan
Sifatmu yang tak pernah merungkai kebenaran
Tidak juga keadilan
Kau pentingkan kemenangan
“Jahanamkanlah bumi Gaza...” jerit mu
Menangmu yang menjadi bara
Sia-sia
Gaza menjadi daerah mendung
Pelurumu tidak pernah sesat kerana bermata
Kau rempuh dimana-mana
Anak kecil
Ibu mengandung
Janda Jejaka orang tua
Kiyai dan para Syuhada
Masjid
Rumah dan banggunan
Kedai dan supermarket
Dan kini gerai yang menjual juadah puasa
Bukan kau tak tahu ini bulan mulia
Bulan suci umat kami dibumi Gaza
Dengan pelurumu yang tak terlawan
Kau serang bumi sejiran
Celaka kau Zionis
Dengan taring tajam mu
Memamah lidah lawan
Membasah darah merah
Hingga Gaza menjadi terasing
Awan mendung berulang lagi
Melawan sampai mati

Usia 18

berusia 18
merimbun dan membasah
bibirmu sejuk menelan rindu
menempuh kebimbangan
lewat merentas sempadan
memecah perawan
kasmaran pun menjadi sejuta angan

Nostalgia

beli tiket LRT
penunmpang bersesak-sesak
tren bergerak laju
bersentuhan bahu
bergesel bontot
tren pun sampai ketempat yang dituju