THE SAMURAI - siri tv
Shintaro Abe


Inilah dikatakan pengaruh budaya filem. Terlalu kuat disogokkann kepada minda kita. Sebab itu Amerika sifat filemnya berkonsepkan MENGHIBUR, MEMBERITAHU dan MENGHASUT. Rupanya Jepun juga memakai konsep ini untuk menjual, bangsa, budaya dan negaranya. Apakah kita terperasan begitu terutama dalam filem kita. Lihat filem The Samurai ini.....mereka menyajikan kita dengan hiburan (adengan2 lawan pedang) kemudian mereka bercerita mengenai cara mereka berlawan, sifat perlawanan, pakaian, dan tradisi kehidupan. Akhirnya mereka memanupulasikan pemikitan kita untuk percaya apa yang ada pada mereka sebagai manusia bangaa Jepun.
Corak filem Melayun sama ada dari Shaw Brothers mahpun Cathay Keris juga terikut-ikut ala samurai ini. Bukan saja watak sudah tidak berkeris kecuali berpedang samurai, pakaian mereka juga pakaian ala jepun, kesana kemari memakai topi tikar seperti orang turun kesawah, jalan juga tunduk kononya ada ilmu bathin (boleh nampak tanpa melihat) dan lain-lain lagi. Bodohnya kalau di ingat kembali. Melayu sudah tidak yakin dengan budayanya. Ingatkan filem boleh mengajak kita menjadi lebih kuat melayunya tapi sebaliknya terjadi, Semua ini kerana tuntutan commercial iaitu wang, wang dan wang. Maruah budaya tergadai. Banyak judul2 filem Melayu tapi memakai pakaian Jepun cuma mereka tidak berdialog Jepun kerana rata2 pelakon tidak tahu berbahasa jepun hehehe..... Bayangkan pula kalau dalam filem melayu, semua pelakon berbahasa jepun.......!
Apapun, secara individu, aku tetap mengingati pelakon yang bernama Koce Ose ini sehinggalah aku ketemu pelakon yang lebih hebat darinya iaitu Toshiru Mifune selepas menonton 7 Samurai, Roshomon, Sunjiro dan lain-lain arahan pengarah tersohor Akira Kurosawa. Aku menjadi pengikut setianya sampai hari ini walaupun dia sudah meninggal dunia.
Itulah dia Samurai, budaya yang berjaya disebarkan kepada dunia melalui filem. Ingatlah kekuatan sesuatu filem.yang datang kenegara kita, kedalam rumah kita untuk merubah tidak banyak sedikit kehidupan kita.
Kita harus jaga-jaga untuk memilih dan menjadikan ia sandaran kehidupan.